TEKNIK PEMBACAAN CEPAT/ PANTAS
TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)
- Teknik Skimming atau Luncuran adalah satu kemahiran membaca bagi seseorang yang ingin mendapatkan maklumat atau bahan secara ringkas dan pantas.
- Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen
- Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
- Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
- Membaca dengan pergerakan mata yang dekat
- Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
- Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca
TEKNIK SCANNING (IMBASAN)
- Teknik Scanning atau Imbasan adalah kemahiran membaca yang digunakan oleh seseorang yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.
- Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu tajuk
- Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan
- Untuk mengenalpasti isi keseluruhan sesuatu tajuk
- Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
- Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata kunci dan konsep yang dinyatakan
- Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada